Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ISRAEL TETAP MENYERANG PALESTIN


PM Israel Benyamin Netanyahu, menegaskan tidak ada penghentian serangan di sekitar Semenanjung Gaza. Hal tersebut beliau sampaikan dalam sidang fraksi Likud di Knesset. Beliau mengatakan, “Tidak ada perundingan dan pihak tentera akan terus menjalankan aktivitinya.”

Sementara itu Ketua Staff Angkatan Bersenjata Israel, Beny Gants, telah memberikan arahan agar melakukan serangan balas secara bertahap atas serangan roket dari Semenanjung Gaza. Dalam konteks berkait, ketua-ketua daerah Beer Sheba, Asdod dan Ashkelon telah memutuskan untuk menutup sekolah-sekolah hingga hari ini, ketika berlanjutan serangan roket dari Semenanjung Gaza.

Sumber-sumber Zionis Israel menambah bahawa daerah lain di selatan masih menilai situasi untuk mengambil keputusan berkaitan dengan sama ada menutup sekolah sementara atau sebaliknya. Namun begitu sesi persekolahan akan diteruskan seperti biasa di sekolah-sekolah yang terlindung yang terletak pada jarak 7 kilometer dari Semenanjung Gaza.

No comments:

Post a Comment