Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IRENE MENYEBABKAN NEW YORK DARURAT


Taufan Irene dilihat dari Stesen Luar Angkasa Antarabangsa (ISS). Enam negara bahagian di sepanjang pantai timur Amerika Syarikat, bermula dari North Carolina sampai New York, menyatakan keadaan kecemasan menghadapi kedatangan Taufan Irene. Taufan pertama musim Atlantik ini sekarang dikatakan sebagai taufan kategori tiga dengan angin berkelajuan 185km/jam dan dijangka akan terus meningkat.

Perintah berkurung telah dikeluarkan di sebahagian daerah Delaware, Maryland, New Jersey dan North Carolina. Irene yang sekarang meninggalkan Bahamas, telah menimbulkan kekacauan di Caribbean. Keadaan kecemasan dinyatakan di North Carolina, Maryland, Virginia, Delaware, New Jersey dan New York.

"Dalam keadaan kecemasan ini, saya mengarahkan semua pemimpin agar mempersiapkan diri terhadap apa jua keadaan yang berkemungkinan akan berlaku disebabkan oleh Taufan Irene," kata Gabenor New York Andrew Cuomo. Taufan Irene dijangka akan sampai ke daratan Amerika di North Carolina pada hari Sabtu petang (27 / 8). Kecemasan yang dinyatakan Presiden Barack Obama membolehkan badan bantuan bencana negeri dengan kerjasama kerajaan pusat membuat persiapan awal.

GROW RICH - SET PENYUCIAN DAN KESEIMBANGAN AURA


ADAKAH ANDA MENGHADAPI MASALAH-MASALAH BERIKUT :

- Cepat marah dan mudah stress
- Merasa rendah diri
- Takut nak berkomunikasi dengan orang lain
- Tidak berinovatif
- Cepat letih dan hilang tumpuan
- Wajah suram dan tidak bermaya
- Mudah phobia
- Hilang keyakinan diri
- Sakit sendi & Sengal badan
- Anggota kaki bermasalah- kaki berbau
- Perniagaan tidak berkembang maju
- Hubungan yang tidak intim dengan pasangan dan ahli kelurga
- Susah naik pangkat
- Terkena sihir dan penyakit mistik
- Susah mendapat jodoh
- Lain-lain berkaitan dengan emosi
- Suami hilang tumpuan..

Jika anda mengalami masalah-masalah seperti di atas.. Jangan segan silu untuk menghubungi saya.. Produk masih baru di pasaran... Jom cepat-cepat kita grab.. Guna sama dan bahagia sama..

Nak jadi DEALER? Amat-amatlah dialu-alukan.. Pakej UMRAH percuma dan HP Galaxy Samsung menanti anda..

InsyaAllah.. Berminat? Boleh email saya di talian :

shrahayu@gmail.com atau hubungi di talian 019-3479091

USAHA TANGGA KEJAYAAN..

PELUANG YANG SANGAT JARANG DAPAT

Ratusan ribu jemaah dari seluruh pelusuk dunia mula membanjiri Masjidilharam untuk mengerjakan ibadah umrah, menunaikan solat Tarawih dan qiamullail bagi mencari keberkatan malam Lailatulqadar. Jabatan Pertahanan Awam di Makkah memberikan akhbar Arabnews peluang yang sangat jarang untuk merakamkan gambar Masjidilharam pada malam 21 Ramadan yang jatuh pada Sabtu melalui helikopter jabatan itu dengan inisiatif Panglima Tentera Udara, Mejar Jeneral Muhammad al Harbi.

Helikopter Midel S92 yang tiba dari Jeddah dipandu juruterbang, Kapten Abdul Aziz Al-Dhufyan dan Leftenan Pertama Ziyad Al-Otaibi. Jurugambar akhbar itu berjaya merakamkan imej keseluruhan Makkah dari pelbagai sudut termasuk Menara Wakaf Raja Abdul Aziz. Helikopter juga melintasi kawasan Misfala, Kuday, Ajyad, Hafair, Hajoun dan Aziziya, kawasan yang sesak dengan kenderaan membawa jemaah dan orang ramai yang mahu beribadah.

Juruterbang membantu memaklumkan kepada kakitangan lapangan Jabatan Pertahanan Awam yang kesesakan berlaku di banyak tempat di bandar itu. Kegunaan helikopter itu adalah untuk mencari, menyelamat, memadamkan kebakaran dan mengangkut pesakit. Ia boleh membawa 22 penumpang. Sebaik saja Ramadan menghampiri fasa terakhir masjid di seluruh Arab Saudi mula menganjurkan ibadat qiamullail termasuk solat malam.

“Solat istimewa ini dilaksanakan pada malam 10 hari terakhir Ramadan mulai jam 1 pagi,” kata imam di Masjid Sheebani di daerah Nasseriyah, Riyadh. Tempoh 10 malam terakhir Ramadan lebih penting kerana al-Quran kali pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW pada malam Lailatulqadar. Justeru, amalan baik umat Islam akan diberi ganjaran besar, kata imam itu. Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf dan Dakwah mengeluarkan arahan supaya semua masjid dibuka untuk jemaah sepanjang malam pada malam 10 Ramadan terakhir. Imam berkata masjid dibuka kepada orang ramai pada waktu malam untuk mereka membaca al-Quran dan melaksanakan solat sunat.

DUNIA SEPAKAT MENAWAN LIBYA


Pemimpin dunia memuji kejayaan pemberontak menamatkan pemerintahan rejim Muammar Gaddafi yang berkuasa sejak 42 tahun lalu, sambil menggesa beliau berundur bagi mengelak lebih banyak pertumpahan darah. Walaupun kebanyakan mereka berpendapat masa depan Libya perlu ditentukan sendiri oleh rakyatnya, tekanan semakin meningkat mahukan diktator itu dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Di WASHINGTON, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, menggesa Gaddafi mengaku kalah dan memenuhi kehendak rakyat agar menyerah dan meletak jawatan. “Malam ini kuasa Gaddafi sampai ke penghujung. Tripoli sudah terlepas daripada pemerintahan kuku besi. Rakyat Libya menunjukkan komitmen tidak berbelah bagi mengembalikan maruah dan kebebasan mereka,” katanya. Beliau berkata, masa depan Libya kini berada di tangan rakyatnya dan berikrar bekerjasama serta meningkatkan hubungan baik dengan majlis pemberontak.

Di BEIJING, China berkata ia menghormati kehendak rakyat Libya yang mahukan perubahan dan berikrar meneruskan kerjasama dengan Libya untuk pembangunan dan pemulihan semula negara itu. “China berharap keamanan di Libya akan dipulihkan segera. Negara itu sudah lama dalam keadaan huru-hara sehingga rakyatnya hidup sengsara. China bersedia bekerjasama dan membantu Libya untuk pembinaan semula negara itu,” kata jurucakap kementerian luar Ma Zhaoxu dalam kenyataan. China sebelum ini mengambil pendirian tidak campur tangan dalam konflik di Libya, namun beberapa bulan kebelakangan ini negara itu semakin terbabit dengan pemberontak dan beberapa kali mengadakan pertemuan dengan anggota Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC)

Di LONDON, Perdana Menteri Britain, David Cameron memendekkan lawatan ke Cornwall untuk menghadiri satu mesyuarat keselamatan membabitkan Libya semalam, kata pegawai. “Gaddafi melakukan jenayah terhadap rakyat Libya dan mesti berundur untuk mengelak lebih banyak pertumpahan darah. Anggota keselamatan yang masih setia kepada Gaddafi perlu meletak senjata dan menyerahkan kuasa kepada yang berhak,” katanya.

Di PARIS, pejabat Presiden Nicolas Sarkozy mengeluarkan kenyataan menggesa Gaddafi meletak jawatan dan mengakhiri penderitaan yang dihadapi rakyat Libya berikutan pertempuran yang berlarutan sejak lebih enam bulan lalu. “Apa yang jelas, Gaddafi tidak lagi diterima rakyat. Beliau sudah digulingkan dan kini bukan lagi pemerintah yang sah untuk Libya,” kata kenyataan itu.

UMRAH KETIKA RAMADHAN MENCECAH RM 3.1 BILION


Bilangan jemaah yang mengerjakan umrah ketika Ramadan mencecah empat juta ketika dua minggu awal bulan puasa kali ini dan mereka berbelanja lebih SR4 bilion (RM3.1 bilion) membeli cenderamata dan hadiah, menurut perangkaan. Semua jemaah umrah, tidak kira kerakyatan dan latar belakang, umumnya membeli hadiah berbentuk kerohanian untuk diberikan kepada saudara mara dan rakan-rakan untuk membuktikan kehadiran mereka ke Makkah dan Madinah, menurut laporan.

Antaranya termasuk Tasbih, kraftangan, sejadah dan telekung adalah pilihan utama jemaah umrah, terutama ketika Ramadan. Keadaan ini menggalakkan peniaga bersaing menawarkan pelbagai jenis cenderamata berkualiti tinggi kepada mereka. Seorang pakar tekstil dan peniaga, Salem Al-Ammari, berkata pelawat ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi membeli banyak telekung sebagai cenderamata dan ia melonjakkan penjualan hingga 150 peratus.

Peniaga tekstil mengimport fabrik tertentu, katanya, sambil menambah membeli telekung tidak terhad kepada pelawat tetapi juga dianggap hadiah penting untuk ditukar ganti oleh jemaah wanita ketika Ramadan. Salem menegaskan apa yang membezakan tekstil solat tahun ini ialah ia lebih mesra alam, dan dihasilkan daripada serat semula jadi yang membolehkan udara menembusinya dan mengelakkan masalah kulit yang mungkin terjadi apabila kulit tersentuh dengan fabrik tertentu ketika bersolat.

Peningkatan bilangan jemaah umrah dan penjualan, menurut pakar ekonomi, bukan hanya membuka peluang pelaburan dalam pasaran pelancongan berasaskan agama, tetapi juga turut membantu membina semula konsep ekonomi agama untuk menekankan kepentingan tempat dan kualiti serta kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan.

KOLEKSI KEPALA YANG BOLEH MENYANYI


Robot datang dalam pelbagai bentuk dan saiz tetapi robot yang dicipta di Taiwan boleh mencetuskan panik kerana ia boleh menyanyi. Robot berkepala manusia ‘menakutkan’ itu boleh membaca skor muzik sebelum menyanyikan lagu dengan suara tiruan. Ia bagai satu pengalaman yang membingungkan, tetapi pengeluarnya gembira dengan ciptaan mereka dan mendakwa koleksi kepala yang boleh menyanyi itu dijangka boleh menubuhkan pasukan teater robotik.

Chyi-Yeu Lin dan rakannya di Universiti Sains dan Teknologi Nasional Taiwan di Taipei mencipta satu robot yang pada mulanya merakam gambar muzik dengan angka dan perkataan muzik menggunakan kamera yang dipasang dalam matanya. Algoritma akan merakamkan nada, irama dan lirik daripada imej dan menghantar maklumat kepada suara sintetik. Bunyi sintetik berpadanan dengan bahasa Mandarin dan ejaan Roman bagi lirik. Kemudian, dengan aktiviti yang secara tiba-tiba dilakukan, robot itu mula menyanyi dengan mulutnya terbuka dan ditutup dengan perkataan.

“Mungkin ini adalah antara perkara yang boleh dilakukan robot lebih baik daripada orang biasa,” kata Lin. “Ia boleh membaca muzik dalam 40 saat dan menutup matanya untuk menyanyi.” Kebanyakan pemuzik memerlukan beberapa minit untuk melihat kerja muzik yang baru dan masih memerlukan masa menghafal. Robot boleh menyanyikan lagu daripada mana-mana budaya selagi liriknya ditulis dalam ejaan Roman, kata Lin. Daripada kajian 100 orang di tepi jalan di Taipei secara rawak, 50 peratus bersetuju yang nyanyian robot itu menghiburkan.

Kira-kira 40 peratus peserta mendapati kualiti suara robot itu hampir menyerupai suara manusia, sementara 40 peratus lagi mendapati tidak realistik tetapi boleh diterima. Wajah robot ini mungkin boleh berinteraksi dengan lebih ramai orang tidak lama lagi. Kumpulan penyelidik menyarankan supaya kepala robot ini ditugaskan sebagai penyambut tetamu di restoran besar di China, kata Lin.

USIA BULAN LEBIH MUDA


Kajian baru terhadap batu bulan yang dikutip angkasawan Apollo 16 menunjukkan bulan mungkin lebih muda 60 juta tahun berbanding apa disangkakan sebelum ini. Kajian terbabit dilaporkan dalam jurnal Nature menunjukkan bahawa usia sebenar bulan mungkin 4.36 bilion tahun. Lars Borg dari Makmal Nasional Lawrence Livermore di California dan rakannya berkata, bahawa wujud kesilapan dalam menentukan usia sebenar bulan berdasarkan kajian yang dibuat ke atas pembentukan kerak.

Borg berkata, usia bulan lebih muda meletakkan ia hampir kepada 4.4 bilion tahun berbanding mineral Bumi dikenali zircon ditemui di Jack Hills di Barat Australia. Ini bermakna kerak tertua bagi Bumi dan bulan terbentuk pada masa sama. Hipotesis mengenai asal bulan itu, teori kesan gergasi, membabitkan pelanggaran antara proto-Bumi awal dan satu lagi proto-planet dipanggil Theia, yang mempunyai saiz sebesar planet Marikh.

Cairan dan serpihan daripada kesan berkenaan terlontar ke ruang angkasa, malangnya pembentukan jisim mengambil masa berjuta-juta tahun untuk mewujudkan bulan. (Bagaimanapun, ini hanya tanggapan saintis Barat kerana semua cakerawala ciptaan Allah). Sebaik saja bulan sejuk, magma terbabit berpadu menjadi komponen mineral berbeza dengan batuan kerak bulan dipanggil ferroan anorthosites (FAN) yang menjadi semakin tua.

Borg dan rakannya menggunakan teknik penapisan semula untuk menganalisis isotop plumbum dan neodimium dalam sampel 1.88 gram FAN mereka dari batu bulan yang dikutip Pusat Angkasa Lepas Johnson NASA. Angka 4.36 bilion tahun diletakkan pada masa itu membabitkan sampel yang menjadi kristal. Angka itu adalah 200 juta tahun selepas pembentukan sistem solar dan kemudian dianggarkan oleh model pembentukan bulan.

“Ia adalah kali pertama satu sampel tunggal FAN mengandungi usia daripada pelbagai isotop teknik menentukan usia,” kata Borg. “Cubaan sebelum ini untuk memberikan usia batuan hanya pada satu isotop yang boleh tercemar menyebabkan kita tersilap menganggarkan usia bulan. Justeru kita mulakan dengan idea bahawa kita boleh mendapatkan sampel usia pelbagai dan kita yakin ia dapat memberi gambaran usia pengkristalan sampel.”

P/S: Kebodohan saintis barat terbongkar hari demi hari apabila mengeluarkan fakta dan teori yang tidak mempunyai sebarang kesahihannya.

HACKERS WANITA | CAYA..LAH!!


Seorang wanita Alkhobar yang kini menuntut di Amerika Syarikat dipuji kerana mengambil inisiatif memusnahkan 23 laman web Denmark yang menghina Nabi Muhammad SAW, lapor akhbar Madinah kelmarin. Nouf Rashid memberitahu akhbar berbahasa Arab itu yang beliau menggodam laman web Denmark itu yang mempunyai rujukan kartun Rasulullah bersama laman web lain yang kandungannya turut diragui menurut pandangannya.

Gadis itu berkata beliau turut memusnahkan sejumlah laman web lucah dan menggodam sistem komputer lelaki muda yang cuba menggugut gadis dengan mengancam menyiarkan gambar peribadi mereka. Akhbar Arabnews melaporkan gadis berkenaan mendapat kemahirannya dalam bidang itu kerana minatnya mempelajari perkara baru dalam lapangan teknologi maklumat.

Nouf berkata beliau menceburi dunia penggodam untuk menyelamatkan gadis yang diugut lelaki yang mahu berkahwin dengannya dan memperoleh gambar peribadi gadis itu. Rakan mangsa meminta Nouf mencari penggodam di Amerika bagi menyelamatkan gadis itu “Malah, saya menghubungi beberapa rakan penggodam di universiti dan belajar seni menggodam,” katanya.

DERA ANAK ANGKAT | RUSSIA

 
Juri kelmarin menyaksikan rakaman video seorang wanita memancutkan sos panas ke dalam mulut anak lelaki angkatnya dan membiarkan kanak-kanak itu berdiri di bawah semburan air sejuk yang mencetuskan kemarahan orang ramai di Russia selepas ia disiarkan dalam rancangan bual bicara Dr Phil yang dihoskan Dr Phil McGraw Jessica Beagley, dari Anchorage, dakwa melanggar peraturan dengan mendera kanak-kanak. Peguam Beagley berkata, anak guamnya berbuat demikian bagi menghukum kanak-kanak berusia tujuh tahun dari Russia itu kerana berkelakuan tidak baik di sekolah dan menipu mengenainya.

Beagley menggunakan 'kaedah luar biasa' kerana cara hukuman tradisional tidak berkesan kepada kanak-kanak itu. - William Ingaldson, Peguam. “Beagley menggunakan ‘kaedah luar biasa’ kerana kaedah hukuman tradisional tidak berkesan kepada kanak-kanak itu,” kata peguam William Ingaldson. Ingaldson berkata, Beagley tampil dalam rancangan Dr Phil bagi mendapatkan bantuan untuk kanak-kanak itu dan dirinya, Tetapi pihak pendakwa berkata, apa yang Beagley lakukan melampaui batas disiplin ibu bapa dan dianggap penderaan kanak-kanak.

Wanita itu menghantar rakaman video selama sembilan minit yang dibuat pada 21 Oktober 2010 untuk episod ‘Pengakuan Ibu’. Rakaman itu menunjukkan ibu berusia 36 tahun itu bercakap dengan kasar kepada kanak-kanak lelaki di rumah keluarga itu. “Kenapa kamu menipu saya? Apa yang kamu dapat dengan menipu saya,” katanya kepada kanak-kanak itu yang disiarkan dalam rakaman video itu. Saya akan dapatkan sos panas,” katanya dan kanak-kanak itu mula menangis. Video itu menunjukkan Beagley mengarahkan kanak-kanak itu memasuki bilik air sebelum memancutkan sos panas dalam mulutnya.

“Jangan meludah. Adakah penipuan sepatutnya keluar dari mulut kamu,” jerit Beagley sambil mencengkam lengan kanak-kanak itu. Beliau kemudian meletakkan kanak-kanak itu di bawah semburan air sejuk, tetapi video itu tidak menunjukkan aksi, hanya jeritan kanak-kanak itu kedengaran. Penonton menghubungi polis Anchorage selepas episod Dr Phil disiarkan November lalu. Beagley dan suaminya yang juga seorang polis Anchorage, cuba memberi dua anak yatim peluang kehidupan lebih baik, kata Ingaldson memberitahu juri.

KEGAGALAN DEMI KEGAGALAN JEPUN DI FUKUSHIMA


Tokyo Electric Power Co (TEPCO) berkata pihaknya gagal dalam cubaan untuk menyejukkan dan menutup loji jana kuasa nuklear yang teruk dilanda gempa bumi dan tsunami di Fukushima menjelang Januari depan, ketika krisis nuklear terburuk dunia sejak 25 tahun lalu itu berterusan. Usaha menyahcemar air yang tinggi kandungan radioaktifnya di loji itu ditangguhkan berikutan kegagalan peralatan penyerapan bahan radioaktif cesium, yang menyebabkan kebocoran air dan kerosakan pam, menjejaskan proses menstabilkan loji yang semakin teruk itu. “Tidak mustahil usaha menyahcemar tidak dapat diselesaikan seperti yang dirancang menjelang akhir tahun ini, walaupun kami masih belum memutuskan untuk mengubah sebarang perancangan.

“Ia mungkin akan menjejaskan proses penyejukan dan penutupan loji,” kata seorang jurucakap syarikat yang enggan dikenali. Ulasannya disusuli kenyataan sama oleh jurucakap TEPCO mengenai isu nuklear, dan Junichi Matsumoto kelmarin yang dilaporkan dalam akhbar harian perniagaan Nikkei. Penutupan dan penyejukan biasanya didefinisikan sebagai kandungan air di dalam reaktor yang berada di bawah paras 100 darjah selsius dalam atmosfera biasa, mengelak bahan api radioaktif itu daripada panas semula. TEPCO juga mengesahkan semalam bahawa ia menguji satu peralatan pemprosesan air radioaktif ketika ia bertungkus lumus menangani kerosakan akibat gempa bumi dengan magnitud 9.0 dan tsunami yang meranapkan pantai timur laut Jepun Mac lalu.

Dengan anggaran hanya 42,000 tan air tercemar diproses menjelang 9 Ogos, 120,000 tan masih tinggal di ruang bawah bangunan turbin dan di tempat lain. TEPCO menetapkan matlamat memproses 200,000 tan air radioaktif menjelang akhir tahun ini berikutan lebih banyak air akan tercemar dalam proses memastikan reaktor rosak terkawal. Pihak berkuasa TEPCO dan Menteri Krisis Nuklear Goshi Hosono merancang mengadakan satu sidang media bersama jam 4.30 petang semalam (0730 GMT) untuk menjelaskan perkembangan tugas mengawal semula reaktor rosak.

Ujian bagi peralatan menyerap cesium Toshiba Corp, dikenali sebagai Sarry, dijalankan dengan mengalirkan air radiasi tahap rendah melalui peralatan dari syarikat nuklear Perancis Areva SA dan syarikat pengurusan sisa nuklear Amerika Syarikat Kurion Inc. Ia dijadualkan beroperasi sepenuhnya seawal Khamis ini, kata pihak berkuasa TEPCO. Sarry lebih mudah diurus kerana ia memiliki kurang pam yang sering rosak. Walaupun sistem ini beroperasi sepenuhnya, kadar keseluruhan operasi kekal pada 90 peratus. Secara kasar 195,000 tan air tercemar akan diproses tahun ini.

SYAITAN BERLELUASA DI FACEBOOK


Dua lelaki yang menggunakan laman rangkaian sosial Facebook untuk menghasut rusuhan ketika keadaan huru-hara di Britain minggu lalu dijatuhi hukuman penjara empat tahun, kata polis. Jordan Blackshaw, 20, dari Cheshire dan Perry Sutcliffe-Keenan, 22, dari Warrington, kedua-duanya di barat laut England, dipenjarakan selepas didapati menubuhkan satu ruangan Facebook untuk menggalakkan penduduk di bandar asal mereka supaya merusuh. Ruangan Blackshaw, ‘Smash Down Northwich Town,’ menggalakkan penduduk berkumpul di balik maccies - dipercayai restoran McDonald di pusat bandar Northwich, Selasa lalu.

Ruangan Sutcliffe-Keenan, ‘Let's Have a Riot in Latchford,’ menggesa penduduk merusuh pada hari berikutnya. “Hukuman yang dijatuhkan hari ini membuktikan bagaimana teknologi boleh disalah guna untuk menghasut aktiviti jenayah dan menghantar satu mesej untuk mencetuskan kacau-bilau dan,” kata Penolong Ketua Polis Chesire Konstabel Phil Thompson. “Sesiapa yang mahu mencetuskan huru hara akan berdepan penguatkuasaan undang-undang,” tambahnya. Lima orang terkorban ketika rusuhan empat hari yang diburukkan lagi dengan perbuatan mencuri dan membakar bangunan di London ini dan beberapa bandar besar lain di England.

Pendakwa raya Martin McRobb berkata ruangan itu mencetuskan perasaan panik dan perubahan tiba-tiba di kalangan penduduk tempatan. “Jordan Blackshaw dan Perry Sutcliffe yang melakukan kegiatan dengan bebas dan berasa selamat di rumah mereka mungkin berpendapat tidak menjadi satu kesalahan jika menubuhkan satu ruangan Facebook bagi menghasut yang lain untuk mengambil bahagian dalam rusuhan di Chesire. Anggapan itu salah,” katanya.

PERANCIS DAN BELGIUM ANTI ISLAM | AL MASIH DAJJAL


Seorang ahli perniagaan Perancis semalam membayar denda dua wanita di sini kerana memakai pakaian menutup seluruh tubuh dan mendedahkan rancangan menyaman Belgium dan Perancis di mahkamah kerana menguatkuasakan undang-undang mengharamkan pemakaian niqab dan burqa. Ejen hartanah, Rachid Nekkaz membentuk dana 1 juta euro (RM4.3 juta) untuk membayar denda terhadap wanita Islam terbabit yang didenda 50 euro (RM215) seorang.

“Perancis dan Belgium memutuskan untuk menghalang kebebasan wanita memakai apa yang mereka mahu,” katanya kepada wartawan di luar pejabat perbandaran di sini, disaksikan dua wanita berkenaan. “Saya beranggapan adalah tidak boleh diterima kerajaan Eropah mengadakan undian bagi meluluskan undang-undang yang tidak menghormati hak individu,” katanya. Undang-undang Belgium mengharamkan sebarang penutup muka di khlayak ramai mula berkuat kuasa bulan lalu manakala Perancis adalah negara pertama memperkenalkan larangan itu, April lalu.

TEKNIK JANA PENDAPATAN DENGAN BLOG



Assalamua'laikum..

Saya ingin mangajar kepada sesiapa yang berminat untk mengetahui teknik-teknik jana pendapatan melalui blog.

Teknik yang diajar saya semuanya cukup mudah untuk difahami dan diamalkan.

Minimum anda pasti akan memperolehi RM30 sehari. Bergantung pada kerajinan anda untuk meningkatkan lagi pendapatan itu.

Saya akan mengajar sehingga anda pandai, kemudian baru dikehendaki membayar upah sebanyak RM100

Saya juga akan mengajar teknik-teknik meraih pendapatan dengan internet bagi kepada sesiapa yang tidak mempunyai blog.

Semuanya cukup mudah, cuma perlukan modal.

Email kepada saya : alfahani@gmail.com

BAPA BOREK, ANAK RINTIK | KAKI BULI


Satu pertiga guru, kebanyakannya tenaga pengajar wanita, menjadi mangsa buli online dengan 72 peratus dilakukan pelajar tetapi lebih 25 peratus penderaan diilhamkan oleh ibu bapa, menurut tinjauan Universiti Plymouth. Banyak kes buli itu menggunakan laman web sosial dan kajian mendapati ramai mewujudkan kumpulan Facebook khas untuk mendera guru. Dalam sesetengah kes, pelajar mengirim gambar guru ke laman web YouTube manakala yang lain meletakkan komen pedas di laman web ratemyteacher.com

Secara keseluruhan, 35 peratus guru yang disoal berkata mereka menjadi mangsa buli online dan daripada jumlah itu, 60 peratus daripadanya wanita. Lebih mengejutkan, 26 peratus kaki buli adalah ibu bapa. “Ibu bapa yang membuli secara online ialah sesuatu yang tidak pernah kita temui. Kadang-kadang mereka turut sasar pelajar lain. Sekolah perlu buat sesuatu, jika tidak ia akan merebak,” kata penulis laporan, Profesor Andy Phippen. Kes pelajar menjadi mangsa buli online diketahui ramai tetapi isu guru menjadi mangsa kurang disedari.

JANA PENDAPATAN DI INTERNET | MUDAH & MURAH

Kelebihan Ganda10.com

arrowModal Rendah, Hanya RM10

arrow100% Komisyen Milik Anda

arrowWeb Promosi Percuma

arrowTanpa Melalui Akaun Bank Admin

arrowKomisyen Terus Ke Akaun Anda

arrowTerima SMS Setiap Kali Duit Masuk

arrowProduk-Produk Berguna Untuk Kegunaan Anda (Lihat Ruangan Produk)

DAFTAR

PRINTING SPEACIALIST SOLUTION | PERCETAKAN DENGAN HARGA PROMOSI


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tahniah!!! Anda sungguh bertuah jika selama ini anda sedang mencari servis percetakan yang mampu memenuhi citarasa anda. kami akan membantu anda untuk mendapatkan servis dan harga percetakan terbaik.

:: BEST DEAL ::

1..~Business Card~

RM17.00 for 100pcs ( harga market price RM30-RM35 )

-> Minimum order 3 box ( contains 200pcs )

-> Printing : Double side

-> Material : 260gsm art card ( kertas tebal )

-> Buy 3 box, you get free 1 box

-> FREE SPOT UV ( word timbul )

-> FREE DELIVERY

-> upah design PRO serendah RM15

ps : makin banyak order makin murah | kalau nak print single side je lagi murah

LIMITED OFFER!!


2..~FLYER~

RM135.00 for 1000pcs

-> Printing : Single side

-> Material : 105gsm art paper

-> Size : A5

-> Buy 3000pcs, you get free 1000pcs!!

ps : makin banyak order makin murah..


3..~ BUNTING ~

-> BUY 2 FREE 1

ps : hubungi kami untuk mendapatkan harga :)


4..~ Wedding Card ~

-> BUY 500 pcs and above FREE 1 BUNTING

Ps : harga berbeza mengikut kualiti dan kuantiti. Hubungi kami untuk mendapatkan harga terbaik anda



Antara servis lain :

: : O F F S E T P R I N T I N G : :
 
Business Card - Money Packet / Sampul Duit Raya - Greeting Card - Flyer/Leaflet - Brochure - Bunting - Folded Business Card - Paperbag - Button Badges - Corporate Folder - Notepad - Flagline - Hardcover Notebook - Wobbler - Tent Card - Sticker - Postcard - Bookmark - Letterhead - Booklet - Eco-Calender - Desktop Calender - Wall Calender

:: Self Inking Stamp ::

:: Rubber Stamp ::

PESONA CEATIVE ENTERPRISE

sebarang pertanyaan :

zaara.creative@gmail.com / awinn.yang@gmail.com

lawati fanpage kami : http://www.facebook.com

10 KAPAL PENGANGKUT PESAWAT TERBESAR DUNIA

USS Theodore Roosevelt
 (117,200 t)
USS George Washington
 (116,700 t)
USS Harry S. Truman
(113,800 t)
USS John C. Stennis
(116,400 t)
USS George HW Bush
(115,700)
USS Dwight D. Eisenhower
(113,800 t)
USS Ronald Reagan
(113,600 t)
USS Carl Vinson
(113,500 t)
USS Abraham Lincoln
(110,000 t)
 USS Nimitz
(110,000 t)

TUKAR BANNER | BANNER EXCHANGE


Assalamua'laikum..

Robocop ingin mengajak blogger yang sudi untuk menukar banner dengan blog ini.
Banner bersaiz 468X60 (lihat contoh diatas)
Banner tersebut adalah jenis auto rotation (refresh / reload page ini untuk tengok buktinya)
Kedudukan banner mestilah diatas entri (lihat contoh diatas)
Sekiranya ingin letak banner tersebut, anda hendaklah emailkan maklumat seperti dibawah :-

Gambar banner bersaiz 468x60 / 728x90

Link / Url blog

Tajuk banner

Hantarkan ke alfahani@gmail.com

Ianya bertujuan untuk dimasukkan sekali kedalam banner untuk rotation.
1 blog hanya boleh memasang 1 banner sahaja.
Sekiranya 1000 blog yang pasang banner ini.
Bermakna banner blog anda juga akan terpapar di 1000 blog secara automatik.
Banner yang menarik akan mampu mendapat klik yang banyak.
Ianya juga boleh digunakan untuk blogwalking (banner jump)
Fungsinya sama seperti iklan nuffnang dan lain-lain.
Cuma perbezaannya ialah lebih ringan dan kemas (jimat ruang blog dan tersusun)

Bagi yang tiada banner, boleh klik disini

 Lebih mudah disini

IDEA PEMBIKINAN FILEM DARI PAKAR ASTRONOMI


Pakar astronomi berpendapat bahawa Bumi pernah dikelilingi dua bulan, suatu keadaan yang pastinya dikagumi penyair, mereka yang mabuk asmara mahupun penulis lagu. Bagaimanapun, bulan yang lebih kecil melanggar bulan lagi satu yang disifatkan sebagai ‘percikan besar’ menghasilkan hanya satu bulan hingga hari ini. Ahli astronomi mengetengahkan teori untuk menerangkan mengapa keadaan bahagian bulan yang jauh lebih berbukit berbanding yang berhadapan dengan Bumi.

Teori berkenaan didedahkan dalam jurnal Nature, lengkap dengan model komputer menunjukkan bagaimana ia berlaku. Pakar lain berkata, idea berkenaan munasabah tetapi belum cukup kuat. Semua ini dikatakan berlaku 4.4 bilion tahun lalu sebelum ada kehidupan di Bumi untuk melihat dua bulan itu. Kedua-dua bulan itu juga masih muda selepas terbentuk kira-kira 100 juta tahun lebih awal apabila sebuah planet gergasi melanggar Bumi. Kedua-dua bulan itu mengelilingi Bumi dan terbit di langit bersama, yang lebih kecil mengikuti bulan yang lebih besar.

Bulan yang lebih kecil agak ringan sedikit, manakala yang satu lagi tiga kali lebih lebar dan 25 kali lebih berat, manakala gravitinya juga lebih kuat berbanding yang kecil. “Planet itu ditakdirkan untuk berlanggar. Tiada jalan lain. Pelanggaran besar ini berhalaju rendah,” kata penulis bersama kajian, Erik Asphaug, saintis planet di Universiti California, Santa Cruz. Apa yang dikatakan Asphug sebagai pelanggaran perlahan sebenarnya berlaku pada kelajuan lebih 8,050 kilometer sejam.

Disebabkan bulan lebih kecil lebih 965 kilometer lebar, proses pelanggaran berterusan untuk beberapa lama. Asphaug menyamakan bulan lebih kecil itu bertindak seperti sebutir peluru yang ditembak dengan berkata: “Orang akan bosan melihatnya kerana ia mengambil masa 10 minit bagi peluru itu untuk terbenam dalam bulan. Jika anda menyaksikan perkara ini, anda perlukan sebuah beg bertih jagung yang besar untuk menunggu ia terhenti.” Batuan dan kerak dari bulan kecil melayang dan bertaburan di bulan yang besar tanpa membentuk satu kawah, kecuali ia berlaku pada kepantasan lebih tinggi.

Kira-kira sehari selepas itu, semuanya selesai dan permukaan dekat dan jauh bulan kelihatan berbeza, kata Asphaug. Martin Jutzi dari Universiti Bern di Switzerland berkata, kajian itu untuk menerangkan keadaan permukaan berbukit di bulan. Asphaug menjelaskan, keadaan di situ seperti sesuatu ditambah pada permukaan.

P/S: Ini hanyalah teori / fakta yang tiada kebenarannya. Tetapi boleh dijadikan idea untuk membuat filem sains fiksyen. Pasti akan box offixe seperti Transformers

KEJAHILAN WANITA MESIR


Seorang wanita Mesir mengemukakan permohonan cerai atas alasan bahawa kemahiran memasak suaminya lebih hebat berbanding dirinya sendiri, lapor akhbar Al-Masry Al-Youm. Media tempatan melaporkan, tragedi perceraian pasangan berkenaan, Mohammed Said dan isterinya, Nahal, berlaku pada awal Ramadan. Mohammed Said adalah seorang tukang masak di sebuah hotel lima bintang di Kaherah, ibu kota Mesir. Beliau dikatakan mengejutkan keluarganya dengan kemahiran memasak apabila mengambil alih tugas dapur daripada isterinya ketika permulaan Ramadan kali ini.

Atas sebab itu, Nahal memutuskan untuk bercerai dengan suaminya, lebih-lebih lagi selepas dua anak lelakinya mahukan bapa untuk mengambil alih tugas memasak sahur bagi hidangan keluarga. Menurut akhbar Al-Masry Al-Youm, Nahal berasa malu apabila anaknya menganggap dia sebagai seorang tukang masak yang teruk. Tidak lama selepas itu, Nahal mengambil keputusan ke mahkamah bagi memohon cerai Khula kerana berasakan dia bukan isteri baik. Khula adalah satu fasal berdasarkan undang-undang Islam merujuk kepada hak bagi seseorang wanita untuk mendapatkan perceraian dan menerima nafkah.

Apabila suaminya dimaklumkan mengenai saman berkenaan, dia menegaskan dirinya tetap mencintai Nahal dan anak serta sekadar mahu membantu isteri apabila pulang ke rumah dari tempat kerja meskipun dalam keadaan letih. Bagaimanapun, Nahal yang dikahwininya selama 10 tahun berkata di hadapan pegawai Biro Penyelesaian Pertikaian Keluarga bahawa beliau mahu mengambil alih tugas memasak bagi membolehkan suaminya menumpukan perhatian kepada ibadat sepanjang Ramadan ini.

KESELAMATAN MASJIDILHARAM DIPERTINGKATKAN


Pengesan besi dan letupan canggih akan dipasang di semua pintu masuk ke Masjidilharam bagi mengelakkan barangan yang dilarang dibawa masuk, kata Pengarah Jabatan Pengawal Keselamatan Masjidilharam, Leftenan Kolonel Fawaz al -Sahafi. Ketika ini, katanya, 180 petugas melakukan rondaan menerusi lima syif untuk memeriksa setiap pintu masuk masjid. Fawaz berkata, peraturan baru yang dipertimbangkan akan membolehkan pegawai keselamatan memantau pergerakan jemaah keluar masuk ke masjid.

Selain itu, kakitangan yang memakai pakaian awam akan menghalang mereka daripada membawa makanan selain dibenarkan mengikut peraturan. Pihak berkuasa turut memperkenalkan pelbagai pendekatan bagi memastikan keselamatan ketika musim haji tahun ini. Antaranya, memasang kamera di bangunan yang menempatkan jemaah, inisiatif trafik dan pelan pengurusan kesesakan di sekitar Masjidilharam, kata Pengarah Besar Keselamatan Awam, Leftenan Jeneral Saeed Abdullah Al-Qahtani.

RAKYAT INDONESIA TERDEDAH DENGAN SERANGAN TSUNAMI


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menamakan Indonesia sebagai negara paling berisiko dilanda tsunami dengan lebih lima juta penduduk dikhuatiri terdedah kepada serangan ombak gergasi itu. Pengurus projek Program Bersama Strategik PBB bagi Pengurangan Risiko Bencana di Indonesia berkata, badan dunia itu mengukur berapa banyak kawasan dan penduduk terdedah kepada gegaran bumi akibat gempa berdasarkan data Strategi Antarabangsa Bagi Pengurangan Bencana PBB.

“Muka bumi, Indonesia lebih baik berbanding Jepun. Namun, risiko negara itu lebih tinggi berikutan kurang pelan menghadapi situasi itu termasuk rancangan kecemasan,” kata Victor. Katanya, kawasan paling terdedah kepada tsunami adalah berhampiran pinggir tiga plat tektonik membabitkan kepulauan Indo-Australia, Pasifik dan Eurasia iaitu lokasi gegaran gempa bumi dasar laut yang boleh menyebabkan gelombang besar berlaku. “Kawasan ini termasuk di pantai barat Sumatera, pantai selatan Jawa dan Nusa Tenggara, pantai utara Papua dan kepulauan Maluku,” katanya.

Sistem amaran awal tsunami oleh Indonesia masih tidak menyeluruh menyebabkan jika berlaku sesuatu bencana, angka korban dan kemusnahan lebih besar. Pada masa sama, beliau mengakui ada peningkatan dalam usaha kerajaan mendidik masyarakat di kawasan pantai mengenai risiko tsunami sejak bencana Disember 2004 di Lautan Hindi yang memusnahkan Aceh. Usaha ini termasuk penerbitan peta bagi kawasan yang terdedah kepada bencana itu. “Walaupun peta terbabit tidak diedarkan kepada semua kawasan yang terdedah kepada bencana di negara ini, langkah itu perlu dipuji,” kata Victor.

Suhardjono, ketua bahagian gempa bumi dan tsunami di Agensi Meteorologi, Cuaca dan Geofizik berkata, adalah ‘munasabah’ bahawa Indonesia akan menjadi negara berisiko tinggi terhadap tsunami, berikutan kedudukannya yang unik di garisan tektonik utama. “Pertama kerana kedudukan Indonesia di sepanjang garisan teknonik. Kedua, walaupun gempa bumi di Indonesia tidak sekerap di Jepun, kekuatan letusan gempa bumi berlaku di sini cenderung pada magnitud lebih besar,” katanya.

KEKEBALAN GHADDAFI | TRIPOLI

 

Televisyen Libya menyiarkan klip rakaman menunjukkan anak lelaki Muammar Gaddafi, Khamis, yang dikatakan pemberontak minggu lalu terkorban, menziarahi rakyat Libya yang cedera dalam satu serangan udara di sebuah hospital di timur Tripoli. Kerajaan Libya menafikan dakwaan pemberontak bahawa Khamis, panglima satu daripada unit tentera prokerajaan paling lengkap bersenjata, terbunuh dalam serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran kota Zlitan. Televisyen Libya melaporkan, rakaman itu dibuat kelmarin. Jika asli, ia adalah bukti visual pertama kerajaan Gaddafi bahawa Khamis masih hidup.

Memakai pakaian seragam tentera dan beret berwarna oren serta mempunyai persamaan wajah ketara dengan Khamis, lelaki itu kedengaran berbual dengan penduduk yang dikatakan rangkaian itu cedera awal kelmarin dalam satu serangan udara NATO ke atas rumah ladang berhampiran Zlitan. Kerajaan Libya berkata, berpuluh orang awam terbunuh dalam serangan. NATO pula menyifatkannya sebagai satu sasaran sah ketenteraan dan menyiasat insiden itu. “Mereka mengebom rumah. Anda memang tidak menjangka menjadi sasaran bom,” kata Khamis kepada seorang wanita yang terbaring di atas katil hospital. Rejim Gaddafi ketika menolak laporan kematian anak bongsu pemimpin itu, turut menyifatkan laporan kematiannya sebagai cubaan penentang untuk mengalihkan liputan berita mengenai pembunuhan pemimpin tentera pemberontak, Abdel Fattah Younes.

Mayat Younes ditemui dua minggu lalu di luar ibu kota Bengghazi, kubu pemberontak di timur Libya, bersama dua lagi mayat penasihat kanannya. Mereka didapati ditembak dan dibakar. Ketegangan mengenai kematian Younes dianggap punca pemimpin penentang yang diiktiraf Barat sebagai kerajaan baru Libya, memecat anggota Kabinet lewat Isnin lalu sebelum mengarahkan semua unit bersenjata bersatu tenaga. “Satu perkara yang mungkin membawa kebaikan selepas pembunuhan Younes ialah pemberontak akan cuba bersatu tenaga dan membangunkan angkatan tentera. “Selepas itu baru mereka mungkin berpeluang menggulingkan Gaddafi,” kata pakar Libya, Ronald Bruce St John.

MENGURANGKAN BERAT BADAN | BUANG LEMAK


Ramai mungkin cuba membuang tabiat buruk ketika Ramadan termasuk mereka yang berusaha menjadi 'lebih sihat' dengan bersenam kerana mempunyai anggapan kurang makan ditambah senaman dapat membantu menguruskan badan. Bagaimanapun, secara realitinya, anggapan seperti itu boleh menyebabkan kesan sebaliknya hingga menjejaskan kesihatan orang itu dengan serius. Ada memilih melakukan senaman berat sejurus sebelum berbuka untuk mengurangkan berat badan. Itu boleh membawa risiko kekurangan air sebelum berbuka terutama ketika bulan suci Ramadan tahun ini jatuh pada musim panas apabila suhu boleh mencecah 50 darjah Celsius. Jadi, salah jika percaya kurang makan tetapi melakukan senaman berat membantu mengurangkan lemak walaupun mungkin kehilangan berat badan.

Jika kekurangan air berlaku dalam badan, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan sedia ada seperti batu karang lebih menyakitkan. “Sebagai doktor di unit kecemasan (ER), saya melihat lebih ramai pesakit dengan masalah batu karang dalam buah pinggang ketika Ramadan berbanding tempoh lain setiap tahun kerana ramai orang tidak menggantikan air yang hilang sepanjang hari. “Perpeluhan berlebihan hanya menambah kepada masalah ini,” kata Dr N Baho yang bekerja di sebuah hospital di sini. Malah, bersenam ketika berpuasa boleh menyebabkan berat badan bertambah. “Air dan gula diperlukan untuk metabolisme,” kata seorang lagi doktor yang enggan mendedahkan nama penuhnya.

“Apabila anda berpuasa, metabolisme menjadi perlahan untuk disesuaikan dengan kekurangan makanan. Seterusnya jika anda makan iaitu ketika berbuka, badan akan menyimpan lebih banyak lemak berbanding biasa untuk menyesuaikan diri.” Selepas bersenam, orang berkenaan akan merasa lebih lapar menyebabkannya makan lebih berbanding biasa.

SUSHI HARAM | MENGANDUNGI BABI DAN ALKOHOL

 
Menteri Luar Jepun, Takeaki Matsumoto mengarahkan kementeriannya supaya mengelak memberi pengesahan mengenai keselamatan makanan Jepun. Pendirian kementerian itu berubah selepas daging lembu yang dicemari radioaktif dijual kepada pengguna di seluruh negara berkenaan, kata sumber yang dipetik agensi berita Kyodo. Pencemaran daging dipercayai disebabkan ternakan diberi makan batang padi tercemar dengan isotop cesium yang dikeluarkan loji nuklear Fukushima Daiichi.

Bagi menangani kebimbangan yang meluas mengenai bekalan makanan, Kementerian Luar memberitahu kedutaan dan pejabat diplomatik di luar negara supaya menerangkan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan, pengimport dan organisasi media mengenai pendekatan yang diambil kerajaan untuk menghalang makanan tercemar daripada masuk ke saluran pengedaran awam. Kementerian turut meminta pejabat diplomatik mengulangi pendirian mendedahkan maklumat keselamatan dengan tepat. Pada 8 Julai lalu, Matsumoto berkata beliau mahumengurangkan kebimbangan mengenai keselamatan makanan dengan apa yang dibuat kerajaan untuk menghalang makanan tercemar daripada masuk ke rantaian makanan.
 

KERAJAAN BERHUTANG SEPARUH GAJI PENJAWAT AWAM


Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, mengarahkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) berhenti menganjurkan majlis berbuka puasa sebaliknya menyalurkan wang belanja itu untuk keperluan penduduk miskin di wilayah itu dan menggalakkan sektor swasta turut sama. Kementerian Hal-Ehwal Sosial Palestin berkata, Abbas mengambil keputusan itu berikutan krisis kewangan yang dihadapi PA dan hakikat tetamu yang dijemput ke majlis itu cuma di kalangan tokoh politik, akademik dan wartawan.

Ia menambah, majlis berbuka puasa menelan belanja beratus ribu dolar setiap tahun. Menurut kementerian itu, institusi awam dan beberapa sektor swasta membatalkan tempahan berikutan arahan PA. Menteri Hal Ehwal Sosial, Majedah Al-Masri, berkata kementerian akan mengagihkan peruntukan untuk menganjurkan majlis itu kepada penduduk miskin Palestin di Tebing Barat. Katanya, negara Arab dan pertubuhan kebajikan turut menyokong usaha kementerian itu. PA kini kekurangan wang. Ia sudah membayar 150,000 pekerja awam untuk gaji mereka bulan ini tetapi hanya selepas mereka mengancam melancarkan mogok.

Pentadbir Palestin itu juga berhutang separuh gaji mereka bulan lalu. Seorang penjual daging, Tamer Marmash berkata ramai pelanggannya menderita. Katanya, ramai di kalangan pekerja juga berhutang dan bayaran kepada mereka terlebih dulu diberi kepada bank. Katanya, jika gaji seorang pekerja adalah AS$700 (RM2,100), dia tidak akan dapat membawa pulang lebih daripada AS$100 (RM300). Justeru, pekerja berkenaan akan mencuri kerana tiada jalan lain untuk mendapat wang lebih, kata Marmarsh. PA hanya mempunyai wang mencukupi untuk separuh pekerjanya kerana belum menerima bantuan negara Arab dan Barat lain. Sementara itu, Hani al-Masri yang mengetuai Pusat Politik bagi Kajian Dasar Strategik dan di Ramallah, berkata ada beberapa penderma anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak suka usaha PA menjadi ahli badan dunia itu.

HELIKOPTER TERHEMPAS | PEJUANG SEJATI


Militan Taliban mengumpan tentera Amerika Syarikat hingga masuk perangkap sebelum menembak jatuh helikopter yang meragut nyawa 30 anggota tentera penceroboh itu, Jumaat lalu. Pegawai kanan Afghanistan memberitahu, komander Taliban, Qari Tahir, mengumpan tentera Amerika ke kawasan itu dengan memberi maklumat satu perbincangan akan diadakan. “Memang benar helikopter itu ditembak jatuh hasil perangkap komander Taliban. Mereka tahu laluan helikopter itu. Mereka mengambil tempat di kiri dan kanan gunung dan apabila helikopter dekat, mereka menyerangnya dengan roket dan senjata moden. “Helikopter itu terhempas disebabkan tembakan bertalu-talu,” kata pegawai terbabit, memetik risikan yang dikumpul. Katanya, empat warga Pakistan turut membantu Tahir melancarkan serangan.

Pegawai berkenaan juga berkata, Presiden Hamid Karzai berasakan serangan itu sebagai membalas dendam ke atas pembunuhan Osama bin Laden, Mei lalu. Pergerakan Taliban tidak membuat kenyataan mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu yang berlaku di kubu kuat militan di daerah Sayd Abad, wilayah Wardak. Bagaimanapun, Presiden Barack Obama memberi jaminan kejadian yang secara keseluruhan membunuh 38 orang itu tidak akan menyekat askar asing berjaya dalam misi di Afghanistan manakala Pentagon menyifatkan nahas Chinook itu tidak akan menjejaskan strategi Amerika.

Serangan lewat Jumaat lalu mencatatkan kehilangan nyawa paling ramai tentera Amerika dan NATO sejak pencerobohan diketuai Washington di Afghanistan menumbangkan pemerintahan Taliban pada tahun 2001, sejurus selepas serangan 11 September. Kehilangan helikopter Chinook ketika operasi antiTaliban di barat daya Kabul itu memberi tamparan hebat kepada pasukan khas Amerika, yang mempunyai 25 anggota dalam pesawat berkenaan ketika tragedi itu iaitu 22 komando SEAL tentera laut dan tiga anggota Pasukan Operasi Khas Tentera. Lima kakitangan tentera Amerika, tujuh komando Afghanistan dan seorang penterjemah turut maut. Di Washington, Obama berkata, kematian 30 anggota tentera itu memberi motivasi kepada rakan setugas mereka.
 

BUMI ARAB DIHUKUM SATU PER SATU | PERGOLAKAN SYRIA


Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain, memanggil pulang duta masing-masing dari Syria, selepas Liga Arab mengecam keganasan di negara itu, tindakan yang dilihat penganalisis semakin memencilkan Presiden Bashar al-Assad. Raja Abdullah dari Arab Saudi menjadi pemimpin pertama mengumumkan negara itu memanggil pulang dutanya, sambil mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pasukan keselamatan Syria ke atas penunjuk perasaan pro demokrasi di negara itu.

“Arab Saudi mengumumkan memanggil pulang dutanya ke Syria untuk ‘perbincangan lanjut’,” kata Raja Abdullah dalam satu kenyataan selepas pasukan keselamatan Syria membunuh lebih 50 penunjuk perasaan kelmarin. Tindakan Arab Saudi disusuli Kuwait semalam, apabila Menteri Luar Sheikh Mohammad Al-Sabah memberitahu wartawan bahawa tiada sesiapa boleh menerima kekejaman, pertumpahan darah dan tindakan keras pasukan keselamatan Syria ke atas penduduk awam.

“Kekejaman itu mesti dihentikan serta-merta,” katanya. Lewat semalam, Bahrain mengambil tindakan sama apabila memanggil pulang dutanya ke Syria untuk ‘mendapatkan maklumat terperinci’ perkembangan di Syria.