Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA AWEK MUDA | KEKAL KUASA 54 TAHUN DIDEDAHKAN

 
Rahsia Umno dan Barisan Nasional (BN) berupaya mengekalkan kuasa sehingga 54 tahun kini terbongkar sedikit demi sedikit. Sedangkan di negara lain tidak ada lagi parti yang mampu menguasai kerajaan dalam tempoh begitu lama seperti BN di Malaysia. Rahsianya ada di sebalik undi pos dan keupayaan memperalatkan jabatan-jabatan penting kerajaan terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara dan pasukan polis.

Dan hari ini satu lagi kegiatan yang dianggap sulit dibongkar apabila ramai anggota polis dan tentera yang masih berkhidmat dikesan memiliki kad pengenalan awam. “Mereka didapati memiliki dua kad pengenalan. Satunya kad sebagai anggota pasukan keselamatan bagi melayakkan mereka mengundi secara pos. ”Dan keduanya kad pengenalan awam. Kad pengenalan ini membolehkan mereka mengundi seperti orang lain.

”Setahu saya kad pengenalan awam disimpan di kementerian sekiranya seseorang anggota keselamatan itu masih berkhidmat,” kata Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun. Beliau yang juga Adun Bukit Tuku mempersoalkan kenapa perkara sedemikian boleh berlaku dan melahirkan rasa amat terkejut.”Adakah ini merupakan satu agenda sulit kerajaan BN bagi mengekalkan kuasa. Saya ada bukti terhadap dakwaan ini.

”Beberapa kenalan anggota polis dan tentera mengakui mereka sekarang memiliki dua kad pengenalan diri,” katanya meluahkan rasa bimbang terhadap perkembangan itu. Abdul Fatah yang juga bekas Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan berkata, sekiranya pengakuan anggota polis dan tentera terbabit benar secara jelas menggambarkan kerajaan BN terpaksa menggunakan taktik kotor bagi mempertahankan kuasa.

Menurutnya juga sebab itulah kerajaan nampak beriya-iya mahu memperkenalkan kaedah biometrik menggantikan tuntutan Bersih 2.0 mengguna dakwat kekal ketika proses pengundian. Kata beliau berdasar kepada banyak pendedahan yang berlaku sekarang nampak sangat kerajaan BN terpaksa bergantung kepada kaedah tidak bermoral bagi memanjang hayat kuasa.

P/S: Sini

No comments:

Post a Comment