Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CAR KEYCHAIN CAMERA


Assalamua'laikum..

Kepada anda semua..

Saya ada menjual Car Keychain Camera.

Rekaan berbentuk alarm kereta tetapi sebenarnya ia mengandungi kamera terlindung.

Boleh support memory card sehingga 8gb.

Boleh didapati dengan harga borong.

Setiap barang akan di test dahulu sebelum sampai ke pengguna.

Boleh juga menerima tempahan melebihi 10 unit.

Maklumat jelas boleh kunjungi saya di fb

http://www.facebook.com

Atau emelkan kepada chocosedap@gmail.com

Atau hubungi 0178260708 Sahrul

JOB DI RUMAH | PROGRAM AFFILIATE


Jobdirumah mencari agen affiliate untuk bekerja mempromosikan laman web jobdirumah.
Pendaftaran sebagai agen affiliate dengan jobdirumah adalah percuma, tidak perlu sebarang yuran keahlian.
Jobdirumah menawarkan komisen lumayan dengan 2 level serta bonus prestasi kepada agen
affiliate yang mampu membawa masuk pelangan baru.
Pembayaran komisen di buat setiap hari daripada hari Isnin hingga hari Jumaat.
Komisen yang di kumpul pada hari Sabtu & Ahad akan di bayar pada hari bekerja berikutnya.

Komisen Agen Affiliate

Komisen Terus: RM20.00 setiap jualan (Level 1)
Komisen Downline: RM5.00 setiap jualan oleh downline (Level 2)
Komisen Bonus Prestasi: RM50.00 setiap 10 jualan terus (Level 1 sahaja)

Contoh Bonus Prestasi:

10 = RM50.00
20 = RM100.00
30 = RM150.00
50 = RM250.00
100 = RM500.00
dan seterusnya....

Minima bayaran adalah 1 jualan (RM20.00).

Pembayaran
Komisen: Setiap hari dari Isnin - Jumaat selepas pukul 3 petang.
Komisen hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum di bayar pada hari bekerja
berikutnya.

Komisen Bonus Downline: Jika komisen bonus di jana dan
anda tidak ada jualan terus pada hari tersebut, baki akan di bawa ke
depan hingga terkumpul sebanyak RM20.00.

Komisen Bonus Prestasi:
RM50 di beri untuk setiap 10 jualan terus. Bonus prestasi hanya di bayar
kepada agen yang membuat jualan terus di level 1.

sila layari
www.ga1zl.cjb.net

JAM TANGAN EMAS MERAH JAMBU BERNILAI RM90.8 JUTA


Seutas jam tangan Rolex yang dipakai oleh Roger Moore sebagai ejen perisik James Bond dalam filem Live and Let Die dijual pada harga 176,917 euro (RM612,364) dalam satu lelongan di sini kelmarin.

Jam tangan itu dilengkapi dengan gergaji yang boleh membuat putaran dan digunakan untuk memotong seutas tali bagi menyelamatkan Solitaire yang dilakonkan oleh Jane Seymour daripada menjadi mangsa ikan jerung yang lapar dalam filem tersebut.

Medan magnet yang terlampau aktif pada jam itu digunakan untuk membantu Moore mengelak terkena peluru.

Namun, medan magnet tersebut sebaliknya digunakan perisik tersebut untuk menurunkan zip seorang wanita pada permulaan filem keluaran 1973 itu.


Lelongan itu turut menampilkan seutas jam tangan emas berwarna merah jambu buatan tahun 1968 oleh pembuat jam Switzerland, Patek Philippe yang mencatat harga jualan 21.2 juta euro (RM90.8 juta).

Moore yang kini berusia 84 tahun pernah berlakon dalam tujuh filem James Bond bermula pada tahun 1973.

Kali terakhir dia membawa watak ejen perisik yang memiliki lesen untuk membunuh itu ialah menerusi filem A View to a Kill pada tahun 1985.

K-POP JADI KRISTAL


Rakyat Korea Selatan mencuba kaedah baharu untuk memperingati orang kaum keluarga dan sanak saudara yang sudah tiada.

Sekitar 500 orang telah menukar abu mayat orang tersayang mereka menjadi manik melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Bonhyang di sini, selatan bandar raya Seoul.

Seorang lelaki berusia 69 tahun, Kim II-nam menggali kubur bapanya dan menyerahkan mayat bapanya untuk dibakar.

Dia membayar AS$870 (RM2,728) untuk abu mayat bapanya diproses menjadi manik-manik kristal menyerupai batu permata.

"Setiap kali saya melihat manik-manik ini, saya menganggap ia adalah bapa saya dan saya akan mengingati hari-hari bahagia bersamanya," kata II-nam.

Pengasas Bonhyang, Bae Jae-yul berkata, manik-manik itu membolehkan orang ramai berada dekat dengan saudara-mara mereka yang telah mati.

"Manik-manik kami bersih dan tidak berbau," katanya.

Menurut Jae-yul, syarikatnya menggunakan suhu yang amat tinggi untuk meleburkan abu mayat sehingga abu berkenaan bertukar menjadi kristal berbentuk manik. Proses itu memakan masa selama 90 minit.

STESEN ANGKASA LEPAS ANTARABANGSA (ISS)


Sebuah kapal angkasa Rusia membawa seorang angkasawan Amerika Syarikat (AS) dan dua kosmonaut Rusia berlepas semalam dari kawasan padang rumput steppe di Kazakhtan menuju ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Kapal angkasa Soyuz TMA-22 berlepas mengikut jadual pada pukul 8.14 pagi waktu Kazakhtan dari pusat pelancaran misi angkasa lepas Baikonur di Kazakhtan.

Ia yang membawa angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA), Dan Burbank dan dua kosmonaut Rusia, Anton Shkaplerov serta Anatoly Ivanishin dan dijangka berlabuh di ISS esok.

Mereka akan berada di ISS yang dibina dengan kos AS$100 bilion (RM313.4 bilion) hingga Mac tahun depan bagi menggantikan tiga angkasawan yang kini bertugas di stesen angkasa lepas berkenaan.

Angkasawan-angkasawan tersebut dijadualkan kembali ke Bumi pada 21 November ini.

Pelancaran itu pernah ditangguhkan selama dua bulan susulan sebuah kapal angkasa kargo yang terhempas pada Ogos lalu.

BRAD PITT BELI KERETA KEBAL


Kerana minat pada kereta kebal yang digunakan dalam filem lakonannya, aktor Brad Pitt sanggup menghabiskan wangnya untuk membeli kenderaan berat tersebut, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta kebal jenis T54 buatan bekas Kesatuan Soviet (USSR) itu digunakan dalam filem terbaharunya, World War Z yang bakal ditayangkan pada Disember tahun depan.

Wang bukanlah masalah besar bagi aktor tersebut, tetapi pembelian kereta kebal itu mendapat bantahan pasangannya, aktres Angelina Jolie.

Namun, Pitt berkata, keenam-enam anak mereka iaitu Pax, Maddox, Shiloh, Zahara, Vivienne and Knox pasti teruja dengan ‘mainan’ baru tersebut.

Kenderaan tentera itu kini dalam proses penghantaran di sini.

Kenderaan seberat 36 tan itu mula digunakan sejak 1947 dan menjadi kereta kebal utama untuk divisyen perisai Tentera Soviet.

HARIMAU MALAYA MEMBUNUH KERANA CEMBURU


Seekor harimau jantan bernama Wzui (gambar) mati setelah diserang oleh pasangannya di Zoo El Paso, Amerika Syarikat (AS).

Kejadian berlaku apabila harimau betina Malaya berusia tiga tahun, Seri menggigit leher Wzui yang tiga tahun lebih tua, menyebabkan harimau jantan itu mati akibat keurangan oksigen.

Ketika kejadian, kedua-dua binatang buas itu sedang mengawan di zoo berkenaan.

"Kami tidak menjangka perkara seperti ini akan berlaku," kata pengarah Zoo El Paso, Steve Marshal.

Menurutnya, serangan itu dipercayai berpunca daripada cemburu.

Wzui sebelum ini katanya, pernah mendampingi seekor harimau betina bernama Melor yang tiba dari Zoo Tulsa hujung tahun lalu.

BUAYA GERGASI DI TAMAN NEGARA


Seekor buaya gergasi sepanjang 6.4 meter membaham seekor antelop seberat 136 kilogram di Taman Negara Maasai Mara, Kenya.

Aksi buaya itu membaham haiwan tersebut sempat dirakamkan oleh jurugambar terkenal, Paolo Torchio dari Itali di sebatang sungai di sini.

Menurut Torchio, kejadian tersebut menyebabkan seseorang itu berfikir bahawa betapa kecilnya diri kita dalam dunia haiwan.

Sungai itu dipenuhi dengan bangkai haiwan yang mati semasa ia cuba untuk berhijrah dari Tanzania ke Kenya.

Dua bulan lalu, sekumpulan penduduk di bandar Bunawan, Filipina berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 6.1 meter hidup-hidup.

Buaya itu kini ditempatkan di sebuah kurungan dan ia dipercayai buaya paling besar pernah ditangkap hidup-hidup di dunia.

7 KEAJAIBAN ALAM SEKITAR DUNIA


Hutan hujan Amazon, Halong Bay di Vietnam dan air terjun Iguazu, Argentina dinamakan sebagai antara tujuh keajaiban alam sekitar dunia yang baharu.

Empat lagi lokasi yang menerima pencalonan sama ialah Pulau Jeju, Korea Selatan; Komodo, Indonesia; sungai bawah tanah Puerto Princesa, Filipina dan Table Mountain di Afrika Selatan.

Penganjurnya, Yayasan New7Wonders menyatakan keputusan akhir akan diumumkan pada awal tahun 2012. Yayasan yang berpangkalan di Switzerland itu bagaimanapun menegaskan mungkin akan ada perubahan dalam senarai pemenang sementara dan senarai akhir tersebut.

Lokasi-lokasi yang gagal untuk disenaraikan termasuklah Gunung Kilimanjaro, Tanzania; Laut Mati, Israel dan Grand Canyon di Amerika Syarikat (AS).

Undian yang dianjurkan oleh New7Wonders nyata menarik minat orang ramai. Ia turut melibatkan selebriti, misalnya bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi yang mengajak para peminatnya supaya memilih air terjun Iguazu.

Keputusan akhir tersebut diperoleh selepas satu proses yang lama, bermula dari Disember 2007 hingga Julai 2009. Dalam tempoh itu, warga dunia diminta mengundi lokasi yang mereka fikir sebagai keajaiban alam sekitar.

Lebih satu juta undian diterima untuk menyenarai pendek 440 lokasi di 220 buah negara kepada 77 lokasi sahaja. Senarai itu kemudian dipendekkan kepada 28 finalis oleh satu panel pakar.

41 INDIVIDU MUFLIS SETIAP HARI DI MALAYSIA


Hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang ah long.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj (gambar kecil). Menurut beliau, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan sebanyak 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan.

"Biarpun mereka bergaji lingkungan RM3,000 sebulan, jumlah pembayaran sebanyak 30 peratus adalah tinggi khususnya dalam menampung kos hidup.

UPACARA PENYEMBAHAN PIRAMID GIZA


Pihak berkuasa Mesir menutup Piramid Giza bagi mengelakkan sebarang aktiviti pemujaan oleh kumpulan yang mahu meraikan tarikh 11/11/11 semalam.

Keputusan itu diambil selepas ia mendapat tekanan daripada pengguna internet negara berkenaan yang mendakwa aktiviti penyembahan akan diadakan di sekitar piramid itu, kata Ketua Jabatan Arkeologi Pharaonic, Atef Abu Zahab.

Majlis Tertinggi Antikuiti mengesahkan penutupan Piramid Gaza kepada pelancong. Namun dalam kenyataan yang dikeluarkannya, penutupan dibuat bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan selepas musim cuti yang panjang baru-baru ini.

Piramid Giza disenaraikan dalam tujuh keajaiban dunia berikutan status pembinaannya yang unik. Salah satu daripada tiga piramid itu, Piramid Cheop merupakan yang terbesar dan paling terkenal.

Ia menempatkan makam firaun Khufu, iaitu salah satu peninggalan purba terkenal di dunia.

Tarikh 11/11/11 dianggap sebagai keramat. Malah banyak kumpulan merancang mengadakan upacara pemujaan pada pukul 11.11 pagi.

Ribuan orang pula bercadang untuk bertemu dan mengadakan majlis tarian. Malah beberapa laman khas berkenaan tarikh berkenaan turut muncul di laman sosial, Facebook.