Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

STESEN ANGKASA LEPAS ANTARABANGSA (ISS)


Sebuah kapal angkasa Rusia membawa seorang angkasawan Amerika Syarikat (AS) dan dua kosmonaut Rusia berlepas semalam dari kawasan padang rumput steppe di Kazakhtan menuju ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Kapal angkasa Soyuz TMA-22 berlepas mengikut jadual pada pukul 8.14 pagi waktu Kazakhtan dari pusat pelancaran misi angkasa lepas Baikonur di Kazakhtan.

Ia yang membawa angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA), Dan Burbank dan dua kosmonaut Rusia, Anton Shkaplerov serta Anatoly Ivanishin dan dijangka berlabuh di ISS esok.

Mereka akan berada di ISS yang dibina dengan kos AS$100 bilion (RM313.4 bilion) hingga Mac tahun depan bagi menggantikan tiga angkasawan yang kini bertugas di stesen angkasa lepas berkenaan.

Angkasawan-angkasawan tersebut dijadualkan kembali ke Bumi pada 21 November ini.

Pelancaran itu pernah ditangguhkan selama dua bulan susulan sebuah kapal angkasa kargo yang terhempas pada Ogos lalu.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment