Memalukan apabila sebuah portal berita berpengaruh Indonesia menyiarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidur semasa Persidangan Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Perth, Australia minggu lalu.
Laporan AntaraNews.com bertajuk “Pengadilan Malaysia menentang larangan berpolitik mahasiswa” itu menyiarkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes empat mahasiswa UKM yang memutuskan Akta Universiti Dan Kolej (AUKU) bertentangan dengan perlembagaan, lapor KeadilanDaily.
Namun gambar Najib yang tidur ketika CHOGM menghiasi laporan itu seolah-olah memperli dan memperlekeh perdana menteri.
Imej tidur ketika menghadiri mesyuarat atau sesuatu persidangan penting sinonim dengan Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Abdullah menyebabkan BN mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum 2008, apabila lima negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat.
Najib mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu yang dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II, yang juga Ketua Komanwel pada Jumaat lepas.
Beliau adalah antara 53 ketua-ketua kerajaan yang menghadiri mesyuarat tiga hari itu yang berakhir pada Ahad, dengan bertemakan “Membangun Ketahanan Nasional, Membina Ketahanan Global”, dengan sub-tema “Wanita Sebagai Agen Perubahan”.

No comments:
Post a Comment