Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KHAIRUL FAHMI CHE MAT DITUDUH MINUM ARAK

 
Sebaik gambar penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali sebagai Apex berhibur bersama teman wanita baru, Dahlia Teck dan beberapa rakan seksinya tersebar, wujud persoalan sama ada kumpulan berkenaan meminum arak ketika itu. Ini kerana, dalam gambar-gambar itu dengan jelas kelihatan beberapa botol arak dan gelas yang dipercayai dituang air berkenaan di atas meja di hadapan mereka.

Apex ketika dihubungi  berkata, beliau buat masa ini enggan menjawab sebarang isu atau gosip berhubung tuduhan itu kerana ingin menumpukan perhatian kepada persiapan pasukan negara untuk temasya Sukan Sea di Indonesia.

“Bro (wartawan), bagi saya fokus game (permainan) dulu, saya mintak sangat jasa baik semua pihak bagi saya fokus untuk Sukan Sea ini dulu.

“Nanti selepas game saya boleh jelaskan,” katanya melalui sistem pesanan ringkas.

Pasukan bola sepak bawah 23 tahun akan berlepas untuk menyertai Sukan Sea ke-26 pada Jumaat ini.

Gambar Apex berhibur dengan Dahlia dan kawan-kawan di sebuah restoran eksklusif, Werner’s, di Changkat Bukit Bintang baru-baru ini disiarkan beberapa blog hiburan ternama negara seperti Oh! Bulan, Rotikaya.com dan Media Malaya.com.

No comments:

Post a Comment