Dunia oh dunia.. Dah macam-macam kau sekarang ya? Padahal, kau tak lah akan kekal lama mana pun.. Setiap yang hidup, pasti akan manemui ajal bila sampai waktunya.. Eh! eh! Siapa yang bersalah sebenarnya ni? Dunia atau yang menghidupkan dan menjadikan dunia? (pening.. belit-belit)
Sebelum kita teruskan, baik kita tahu tentang perkara mustahak ni. Dunia, akhirat, syurga dan neraka juga makhluk ciptaan tuhan. Jadi, apabila kita melakukan sesuatu ibadah, janganlah kita berniat kerana akhirat atau syurga.. Tapi berniat ikhlas kerana ALLAH S.W.T Barulah ibadah kita itu dikira amal soleh dan diberi ganjaran disisi ALLAH S.W.T
Dunia ni tak bersalah, yang menjadikan dunia ni juga tak bersalah dan tak akan bersalah langsung. Yang bersalahnya adalah kita yang menyalahgunakan dunia ni. Kita dijadikan atas dunia ni hanyalah untuk beribadah, bersyukur dan mengagungkan kebesaran ILAHI.. Tapi sebaliknya pula yang kita lakukan, hiburan tanpa batasan yang kita amalkan setiap hari.
Kita nafikan setiap kebenaran kerana mahukan kemewahan yang sementara dan sia-sia ni. Kita puaskan kehendak nafsu dengan pelbagai cara. Kita lupakan kepada siapa yang sepatutnya diucapkan terima kasih dan syukur. Kita memuji dan memuja sesama makhluk yang sesama hina. Kita makan harta atau hak yang memang terang jelas lagi nyata bukan milik kita.
Adakah babi itu haram? Adakah arak itu haram? Judi haram tak? Semuanya tak haram, hukum haram tu hanya akan jatuh pada perbuatan yang telah dilakukan. Apabila seseorang memakan babi, meminum arak dan bermain judi, barulah dihukumkan haram. Selagi belum lakukan, ianya tidak haram dan tidak mendatangkan sebarang masalah pun. (Pening kan? tanyalah kepada yang pakar ya?)
Orang ISLAM tak makan daging babi, tapi makan babi kan? Ya, memang betul. Kalau yang dimakannya itu dari cara yang haram. Hukumnya haram seperti memakan makanan yang haram.. Daging yang tumbuh dari permakanan yang sedap lagi berkhasiat tetapi haram, paling cepat disambar api neraka nanti. Ibarat tempurung kelapa yang kering dicampakan ke dalam unggun api. (contoh paling kecil)
Pergaulan bebas yang semakin menjadi-jadi sekarang ni pun sudah cukup untuk membuktikan yang kita semua telah memakan babi. NAU'ZUBILLAH.. Dengan mudah kita dapat melihat pelbagai jenis maksiat di kaca tv sekarang. Di jalan, di taman, di sekolah dan di mana-mana sahaja. Kepada yang membuat maksiat berdosa besar, yang melihat dengan seronok pun berdosa besar. Yang berdosa kecil cuma pada yang tak sengaja untuk melihat dan dia benci akan perbuatan itu.
Untuk tidak langsung berdosa, marilah kita sama-sama mengajar si pembuat maksiat itu dengan hukuman yang selayaknya diterima seperti yang telah kita diperintahkan oleh tuhan. Bukan kita mahu menganiaya mereka, tetapi mahu menyelamatkan mereka. Sekiranya si pembuat maksiat itu telah bertaubat dan redha dengan hukuman tuhan keatasnya, maka tinggilah darjatnya disisi tuhan. Sesungguhnya tuhan itu tidak sesekali menganiaya hamba-hamba NYA.
Lagipun,kita semua ni bukanlah 'maksom' seperti nabi-nabi dan rasul-rasul yang dipelihara oleh tuhan dari berbuat dosa. Kita hanyalah hamba yang lemah lagi hina. Jadi, marilah kita sama-sama kurangkan dosa-dosa yang kita telah lakukan hari-hari. Berbuat baiklah kita dengan niat ikhlas kerana ALLAH S.W.T Kita inginkan rahmat dan keredhaan dari NYA selalu..
Janganlah kita saling dengki-mendengki ya? Apa yang ada pada dia tu adalah rezeki yang telah ditetapkan tuhan kepada dia. Kita bersyukur dengan segala yang kita ada. Semoga dengan itu, rezeki kita juga akan ditambah berkatnya. Kita saling sokong menyokong sesama blogger ya? Nanti semakin mudah untuk kita menyampaikan dan menyatakan kebenaran dengan medium ini.
Semoga kita dirahmati dan diredhai selalu.. Mohon maaf kalau ada salah dan silap.
Sekian
Assalamua'laikum..
No comments:
Post a Comment