Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KERAGUAN AKU DENGAN EARNING ADVERTLETS


Assalamua'laikum..

Sebelum ni aku letak iklan dari nuffnang, tapi sekarang aku letak iklan dari advertlets pulak. Nak merasa macam mana penangan dia. Aku apply innity tak dapat,dia orang bagi alasan blog aku ni masih belum cukup umur. Traffik dah okay, cuma masa tu belum sampai (under age).

Okay, aku nak cerita kenangan aku masa bersama dengan nuffnang dulu. Sepanjang kami bersama, aku tak pernah curang. Boleh dikatakan hampir setiap hari aku hantar surat cinta (tiket soalan). Nuffnang pun sama, dia balas semua surat-surat aku. Dia janjikan aku dengan bermacam-macam kenikmatan sekiranya aku turutkan kehendaknya.

Aku turutkan aje.. UV dah ribuan sehari, tapi BE nya belum dapat lagi. Siapa yang tak 'fedup' macam tu kan? Aku menanti sampai gler babi puas hati, akhirnya dapat jugak. Earning dia memang betul-betul mengejutkan aku. RM10.25sen hasil selama 3 bulan aku menayangkan iklan dia kat blog aku. Ini aku cerita tentang blog aku yang lagi 1(dah kena padam). RM10.25sen? Wah! dah boleh beli BMW A&W

Sekarang aku buat blog baru, biasa lah.. dari tak buat apa-apa bila surf internet. Buat blog boleh dapat duit (kena caranya). Blog yang ni special sikit, aku dapat Google AdSense. Disebabkan aku ni jenis mata duitan (haha), nuffnang pun aku letak. Nak tambah earning bagi boleh cashout. Akhirnya, traffik dari innit je yang aku dapat (innit je?). Baby BE dah macam tak layak je aku dapat.

Aku dah bercerai talak 1 dengan nuffnang, semoga tuhan ampunkan dosa-dosa aku (hehe). Aku mulakan hidup baru dengan advertlets, setelah lamaran aku ditolak oleh innity yang cerewet tu. Melamar advertlets ni mudah je, tak sesusah macam nak melamar nuffnang dulu. Kami buat simple-simple je, maaf ye sebab tak jemput (hehe).

Setelah beberapa hari kami bersama (ceh! baru je smlm sign up). Aku dapati, earning advertlets ni meragukan la.. Punya la laju dia gerak, ni bayar ke tak ni? Aku ada terbaca kat 1 blog tadi, dia kata advertlets susah nak bayar.. Disebabkan kami ni masih baru bersama, aku mesti ber'sabar'kan aje.. nak jaga hubungan yang mesra ni. Almaklumlah.. baru kahwin.. (ceh! bl plak?) hehe.

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA SEMUA YANG BARU KAHWIN.. ^_^

lekas-lekas dapat BE ye? (nuffnanger)

Sekian..

AKAN DATANG DI PAWAGAM

2 comments: