Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TENGOK!! APA IQA DAH BUAT..


Assalamua'laikum..

Entri ini Robocop nak cerita tentang salah seorang admin blog ini.
Asyik tulis entri tentang iklan sahaja, mahu juga menulis tentang lain pula.
Sebelum itu Robocop ingin memberitahu kenapa entri ini ditulis dalam bahasa baku.
Blog ini dikunjungi oleh pelawat yang datang dari pelbagai negara.
Jadi, kandungan blog ini mestilah boleh diterjemah. (kalau tidak boleh juga, apa boleh buat. haha)
Robocop pun tidak pandai bahasa baku. (almaklumlah.. sekolah pondok je.. hehe)
Nasib baik Robocop tidak menulis entri ini dalam tulisan jawi atau bahasa arab.
Keistimewaan blog ini adalah mempunyai 3 orang admin termasuk Robocop.
(Apa punya bahasa da.. Robocop pun tidak mengerti.. haha)
Lagi 2 orang itu ialah Miss Ieka dan Tieyha. (dia orang ini adik Robocop, jangan salah faham ya?)
Kami mempunyai tanggungjawab dan tugasan masing-masing untuk membangunkan blog ini.
Tugas Robocop membuat blogwalking dan menulis entri tentang iklan terkini.
Tugas Tieyha membalas kunjungan blogger yang membuat blogwalking ke blog ini dan menulis entri kesukaan.
Begitu juga dengan Miss Ieka, mereka menulis tentang apa sahaja kesukaan hati dan perasaan mereka tanpa mempedulikan perasaan anda. (jangan marah ye adik-adik Abang Robocop. hehe)
Sekarang Robocop ingin cerita tentang Miss Ieka yang seperti dirasuk jin blogwalking. (hehe gurau je)
Kenapa Robocop kata begitu? Miss Ieka telah blogwalking ke seluruh dunia!!
Bagaimana dia lakukan pun Robocop dan Tieyha belum pasti caranya. (rahsia sulit Miss Ieka. hehe)
Cuba anda perhatikan gambar diatas baik-baik dan betul-betul. (Robocop tidak memaksa ya?)
Itulah hasil blogwalking yang telah beliau lakukan.
Sehinggakan ada juga bangsa asing mengunjungi blog ini dengan keyword pelik.
Lebih kurang seperti 'DVD HARAM' tetapi yang sebenarnya Robocop sendiri tidak mengerti. (haha)
Sebelum ini memang ada pengunjung datang ke blog ini dengan keyword pelik.
Tetapi tidak sepelik ini!! Wah!! Blog ini sudah boleh dicari dengan pelbagai keyword ya? (haha)
Apa pun, Robocop sangat bersyukur dapat bekerjasama dengan mereka yang rajin dan sering dipuji oleh Abg Teror.
Semoga kami sama-sama berjaya untuk meningkatkan Page Ranking blog ini dalam masa terdekat.
Cukup setakat ini Robocop menulis entri yang 25% sahaja yang akan memahaminya dan selebihnya akan mengatakan entah apa-apa. (haha)
Akhir sekali Robocop ingin berpesan, sayangilah diri anda. Jangan terlalu banyak membuat dosa.

Assalamua'laikum..

4 comments:

  1. Teruskan usaha...Kesabaran juga amat penting dalam menjayakan sesuatu...Itu yang admin Tieyha belajar disebabkan internet yang agak perlahan ye pergerakannya... =)(Salah satu cabaran kami, tak gitu admin Robocop dan juga Miss Ieka??..hehe)

    ReplyDelete
  2. ye..betul 2 Tieyha..sabar untuk belajar dr abg robocop..walaupun Miss Ieka bnyk pending dlm semua hal..hehe..apa2 pown kita sekeluarga akan berusaha untuk menjayakan kan blog nie dan dptkan rank dgn lebih tggi..insyaAllah...amin...

    ReplyDelete