Harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam melibatkan Terengganu dan Negeri Sembilan ialah RM50 sekeping bagi tempat duduk biasa.
Perkara tersebut telah disahkan dan saya pasti hampir kesemua penyokong kedua-dua pasukan akan terasa beban dengan kenaikan yang akan dikenakan.
Bagi Perlawanan akhir pada tahun 2009 dan 2010 harga tiket turut dinaikkan dari RM20 kepada RM30, naik RM10 dari perlawanan sebelum ini tetapi bagi tahun 2011, harga tiket terus dinaikkan lagi sebanyak RM20 untuk menjadikan keseluruhan bagi tempat duduk biasa kepada RM50.
Tindakan FAM ini mungkin akan menyebabkan semangat penyokong yang berniat untuk ke stadium luntur, lebih-lebih lagi yang berpendapatan rendah.
Ternyata ia merupakan hadiah terbaik daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada penyokong kedua-dua pasukan yang bakal hadir ke venue Shah Alam nanti.
ps : Apa pandangan anda tentang kenaikan harga tiket final piala malaysia 2011 ini??
No comments:
Post a Comment