Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PELAKON SEKS HINA ISLAM


Dakwaan kononnya perlaksanaan undang-undang Islam menakutkan pelabur adalah pembohongan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Kita ambil Iran sebagai contoh. Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, negara itu menerima pelaburan langsung asing (FDI) sehingga US$3.6 bilion tahun lalu.

"Jika kuasa-kuasa besar tidak memaksakan sekatan atau sanction ke atas Iran, adalah diyakini jauh lebih banyak FDI melimpah masuk ke negara itu," katanya.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam dilaporkan mendakwa perlaksanaan undang-undang hudud akan menyebabkan negara ini mundur serta menakutkan pelabur asing dan pelancong.

"Sekarang zaman maklumat di hujung jari, Dr Chua jangan menghina dirinya sendiri dan menyerlahkan kepada umum bahawa beliau tidak tahu apa-apa.

"Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, berjuta-juta pelancong membanjiri Iran dan dalam tahun 2010 sahaja, 400 hotel dan 200 hotel apartment dibina untuk menampung keperluan pelancong ke negara itu," katanya.

Dari segi kemajuan pula, kata Mohamad, lebih baik Dr Chua tutup mulut.

"Ketika Malaysia tidak habis-habis didedahkan membeli senjata dengan harga yang berlipat kali ganda lebih mahal dari pihak luar, penganalisis Barat percaya Iran mampu menghasilkan bom nuklear dalam masa dua tahun kalau ia mahu.

"Negara mundur tidak mungkin boleh membuat senjata malah tak habis-habis membeli senjata dari orang lain dengan harga yang belipat kali ganda lebih mahal.

"Mungkin kena tipu atau pemimpin yang menipu rakyat melalui pembelian mahal berlipat kali ganda itu kerana memang menjadi perangai pemimpin negara mundur suka menipu rakyat," kata beliau.

Mohamad menyifatkan kenyataan Dr Chua itu membuktikan pemikiran beliau serendah pemikiran ketua cawangan Umno.

"Dr Chua mungkin hendak menghina undang-undang Islam dengan kenyataannya itu.

"Hakikatnya, beliau menghina dirinya sendiri dengan menelanjangkan kemunduran fikirannya dan undang-undang Islam tidak terjejas dengan kenyataannya itu," kata beliau.

Mohamad mengingatkan, undang-undang Islam tidak hina atau menjadi tidak bertamadun dengan penghinaan orang-orang yang menghinanya.

"Undang-undang Islam berdiri dengan kekuatannya sendiri.

"Penghinaan si penghina tidak menjadikan ia hina dan ia tidak juga hebat hanya kerana pujian orang. Ia hebat kerana kehebatannya sendiri," tegas beliau.

Mohamad juga yakin, provokasi dan penghinaan berterusan akan mendorong majoriti umat Islam negara ini menggunakan hak demokrasi mereka untuk memilih perlaksanaan undang-undang Islam.

"Saya yakin sangat, semakin dihina dan dicerca, semakin ramai umat Islam negara ini yang berazam mahu menggunakan hak demokrasi mereka sebagai majoriti untuk memastikan perlaksanaan undang-undang Islam," kata beliau.

P/S: SINI

No comments:

Post a Comment