Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IRENE MENYEBABKAN NEW YORK DARURAT


Taufan Irene dilihat dari Stesen Luar Angkasa Antarabangsa (ISS). Enam negara bahagian di sepanjang pantai timur Amerika Syarikat, bermula dari North Carolina sampai New York, menyatakan keadaan kecemasan menghadapi kedatangan Taufan Irene. Taufan pertama musim Atlantik ini sekarang dikatakan sebagai taufan kategori tiga dengan angin berkelajuan 185km/jam dan dijangka akan terus meningkat.

Perintah berkurung telah dikeluarkan di sebahagian daerah Delaware, Maryland, New Jersey dan North Carolina. Irene yang sekarang meninggalkan Bahamas, telah menimbulkan kekacauan di Caribbean. Keadaan kecemasan dinyatakan di North Carolina, Maryland, Virginia, Delaware, New Jersey dan New York.

"Dalam keadaan kecemasan ini, saya mengarahkan semua pemimpin agar mempersiapkan diri terhadap apa jua keadaan yang berkemungkinan akan berlaku disebabkan oleh Taufan Irene," kata Gabenor New York Andrew Cuomo. Taufan Irene dijangka akan sampai ke daratan Amerika di North Carolina pada hari Sabtu petang (27 / 8). Kecemasan yang dinyatakan Presiden Barack Obama membolehkan badan bantuan bencana negeri dengan kerjasama kerajaan pusat membuat persiapan awal.

No comments:

Post a Comment