Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TEORI SONGSANG DARI SAINTIS BERUK EROPAH


Sekumpulan penyelidik berpendapat ‘kuasa otak’ manusia sudah mencapai kemuncaknya dan secara fizikal tidak mungkin mereka boleh menjadi lebih bijak lagi.Penyelidik Universiti Cambridge berhujah, sekiranya ingin menjadi lebih bijak, otak manusia perlukan sejumlah besar kuasa dan oksigen tambahan yang tidak mungkin dapat dimiliki.

Manusia mencipta penisilin, kapal angkasa lepas, komputer malah jantung palsu dan banyak lagi. Oleh itu, mereka berkata, menghasilkan sesuatu yang lebih baik selepas ini tidak mungkin.Penyelidik dari universiti terbabit turut menganalisis terhadap struktur otak dan mengenal pasti jumlah tenaga yang digunakan dalam sel terbabit.

Simon Laughlin, profesor saraf berkata: “Kami menjalankan ujian bahawa otak perlu menggunakan tenaga untuk berfungsi dan ini memerlukan sesuatu yang lebih besar menyebabkan prestasi manusia terbatas. “Banyak tenaga diperlukan untuk mempunyai kuasa berfikir tinggi kerana bagi otak untuk memahami sesuatu yang baru ia perlu berterusan mengaitkan maklumat daripada sumber berbeza.

“Ini bermakna, wujud had kepada berapa banyak maklumat yang dapat kita proses kerana ia memerlukan kuasa yang tinggi,” katanya lagi. Saintis lain pula mendakwa bahawa ‘pendawaian’ otak atau rangkaian ‘fiber’ mengaitkan kawasan berbeza dengan yang lain tidak boleh menjadi lebih baik.

Mereka mendakwa, proses berkenaan memerlukan lebih banyak kuasa tambahan untuk menjadi lebih lancar. Jadi, tidak hairanlah mustahil bagi manusia untuk memilikinya, sekali gus kita tidak boleh menjadi lebih bijak lagi. Tambahan lagi, faktor usia yang menyaksikan manusia menjadi buncit atau gemuk juga boleh menyebabkan otak manusia mengecil.

P/S: Fakta songsang yang direka saintis kafir bagi menidakan hadith sahih yang mengatakan manusia menjadi semakin bijak. Diakhir zaman, manusia mampu meneka dengan tepat tempoh masak / gugur bagi setiap jenis buah tanpa bantuan sebarang alat canggih.

No comments:

Post a Comment