Televisyen Libya menyiarkan klip rakaman menunjukkan anak lelaki Muammar Gaddafi, Khamis, yang dikatakan pemberontak minggu lalu terkorban, menziarahi rakyat Libya yang cedera dalam satu serangan udara di sebuah hospital di timur Tripoli. Kerajaan Libya menafikan dakwaan pemberontak bahawa Khamis, panglima satu daripada unit tentera prokerajaan paling lengkap bersenjata, terbunuh dalam serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran kota Zlitan. Televisyen Libya melaporkan, rakaman itu dibuat kelmarin. Jika asli, ia adalah bukti visual pertama kerajaan Gaddafi bahawa Khamis masih hidup.
Memakai pakaian seragam tentera dan beret berwarna oren serta mempunyai persamaan wajah ketara dengan Khamis, lelaki itu kedengaran berbual dengan penduduk yang dikatakan rangkaian itu cedera awal kelmarin dalam satu serangan udara NATO ke atas rumah ladang berhampiran Zlitan. Kerajaan Libya berkata, berpuluh orang awam terbunuh dalam serangan. NATO pula menyifatkannya sebagai satu sasaran sah ketenteraan dan menyiasat insiden itu. “Mereka mengebom rumah. Anda memang tidak menjangka menjadi sasaran bom,” kata Khamis kepada seorang wanita yang terbaring di atas katil hospital. Rejim Gaddafi ketika menolak laporan kematian anak bongsu pemimpin itu, turut menyifatkan laporan kematiannya sebagai cubaan penentang untuk mengalihkan liputan berita mengenai pembunuhan pemimpin tentera pemberontak, Abdel Fattah Younes.
Mayat Younes ditemui dua minggu lalu di luar ibu kota Bengghazi, kubu pemberontak di timur Libya, bersama dua lagi mayat penasihat kanannya. Mereka didapati ditembak dan dibakar. Ketegangan mengenai kematian Younes dianggap punca pemimpin penentang yang diiktiraf Barat sebagai kerajaan baru Libya, memecat anggota Kabinet lewat Isnin lalu sebelum mengarahkan semua unit bersenjata bersatu tenaga. “Satu perkara yang mungkin membawa kebaikan selepas pembunuhan Younes ialah pemberontak akan cuba bersatu tenaga dan membangunkan angkatan tentera. “Selepas itu baru mereka mungkin berpeluang menggulingkan Gaddafi,” kata pakar Libya, Ronald Bruce St John.

No comments:
Post a Comment