Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KAMI TIDAK TAKUT, KAMI AKAN MELAWAN


Muammar Gaddafi menegaskan beliau bersedia berkorban bagi melawan pemberontak yang mengumumkan tarikh akhir bagi pemimpin itu meletak jawatan sudah berlalu.

“Kami tidak takut. Kami akan melawan mereka,” kata Gaddafi dalam satu mesej audio yang disiarkan lewat semalam merujuk kepada pakatan NATO dan kumpulan pemberontak. “Kami sanggup membayar dengan nyawa kami, wanita dan kanak-kanak.

Kami bersedia berkorban (diri sendiri) untuk melawan musuh,” katanya dalam satu mesej kepada penyokong setianya di bandar Zaltan berhampiran sempadan Tunisia. Gaddafi juga meminta penyokong beliau berarak ke wilayah pergunungan Nafusa, barat laut Tripoli dan menggesa penentang beliau menyerah diri.

“Pengancam serahkan senjata anda. Pilih, mati atau menyerah,” kata Gaddafi kepada pemberontak, sambil menambah bahawa tanpa sokongan NATO, musuhnya itu tidak boleh menawan wilayah pergunungan strategik berkenaan.

Pemberontak menggunakan Nafusa sebagai loncatan untuk maju ke ibu negara Libya bagi menyingkirkan regim Gaddafi.

Mesej Gaddafi dibuat selepas ketua pemberontak Majlis Pemberontak Kebangsaan berkata tawaran dibuat melalui Pertubuhan Bangsa-Bersatu yang akan membenarkan pemimpin itu kekal di Libya jika beliau meletak jawatan sudah berakhir.

Pengerusi NTC, Mustafa Mohamed Abdel Jalil berkata pemberontak menyerahkan kepada wakil khas PBB Abdul llah al-Khatin tawaran khusus bahawa Gaddafi boleh terus berada di Libya di bawah tiga syarat.

“Kami membuat satu cadangan. Tempoh sudah berakhir. Cadangan itu sudah tamat,” katanya kepada pemberita.

Di bawah tawaran itu, Gaddafi perlu mengenepikan dan melepaskan semua tanggungjawab, kediaman beliau akan menjadi pilihan kepada penduduk Libya dan beliau akan terus berada di bawah pemantauan, kata Abdel Jalil.

Sementara itu, Britain memberikan galakan kepada pemberontak dengan mengundang mereka untuk mengambil alih kedutaan Libya di London di mana rejim Gaddafi mengkritiknya manakala Washington berkata mereka sedang meneliti satu permintaan untuk mengiktiraf kumpulan pemberontak.

No comments:

Post a Comment