Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAMADHAN MULIA MENJELMA LAGI


Pusat cerapan di beberapa negara Islam sebulat suara bersetuju anak bulan Ramadhan tidak dapat dilihat petang semalam dan bermakna umat Islam mula puasa esok.

Timbalan pengerusi Persatuan Astronomi Arab Saudi, Sharaf Al-Sufyani, berkata pihaknya mengadakan upacara melihat anak bulan petang semalam di bawah seliaan Mahkamah Agung. Mahkamah Agung adalah institusi khas yang diberi kuasa memutuskan tarikh permulaan puasa di Arab Saudi.

Beliau berkata, upacara melihat anak bulan juga dilakukan di Al-Hada, Taif. Di Bahrain, persatuan astronomi negara itu dalam kenyataan yang dikeluarkannya, juga melahirkan pandangan sama.

“Kami meramalkan, anak bulan Ramadhan tidak dilihat pada petang Sabtu, sebaliknya akan kelihatan pada petang Ahad. Berikutan itu umat Islam akan menunaikan ibadat puasa pada Isnin,” kata kenyataan itu.

Di Ireland, pejabat Majlis Perayaan dan Penyelidikan Eropah di Dublin berkata, umat Islam di Eropah menyambut Ramadhan Isnin.

Majlis itu meramalkan anak bulan Ramadhan dapat dilihat dengan jelas pada petang Ahad di sebahagian Afrika Utara, Semenanjung Arab dan Amerika Utara.

Sementara itu di Makkah, Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais menggesa umat Islam menunaikan ibadat puasa dengan cara dan semangat yang disarankan di dalam kitab suci al-Quran.

No comments:

Post a Comment