Wang yang banyak tidak semestinya membawa kehidupan yang lebih baik sebaliknya menjadi lebih buruk.
Itulah yang dialami beratus-ratus petani yang dipaksa menjual tanah mereka bagi memberi laluan untuk membina litar perlumbaan Formula Satu (F1) di India.
Seorang petani, Sanjay Singh menyifatkan kehidupannya memang sukar sekarang, tetapi mudah tidak lama dulu bagi manampung keluarganya seramai enam orang.
Mereka sangat mudah mendapat hasil daripada bercucuk tanam di sebidang tanah kecil yang ditanam timun, sayur dan tanaman lain. Kini, keadaan itu sudah lenyap.
Pembinaan litar baru di luar New Delhi di sini bernilai AS$350 juta (RM1.03 bilion), dijadualkan menyaksikan pelancaran Grand Prix India yang pertama pada 30 Oktober depan tetapi ia juga mengubah hidup mereka menjadi tunggang langgang.
“Kami menjual tanah kepada penganjur perlumbaan,” kata Singh ketika memantau pembinaan rumah dua tingkatnya di kampung Dankaur-Sarlarpur yang bertentangan litar itu.
“Kami dapat wang sebagai tukaran tetapi ia hanya membawa masalah,” kata lelaki berusia 49 tahun tanpa mendedahkan jumlah pampasan yang dipercayai lima juta rupee (RM331,550), kata pegawai.
“Kami bina rumah baru dan kini mempunyai kereta tetapi kami tidak gembira kerana sumber pendapatan hidup menerusi bercucuk tanam sudah dirampas,” tambahnya.
Di sekitar penempatan yang berdebu dihuni 500 keluarga, terletak 80 kilometer dari ibu negara, ada pembinaan berjalan menandakan penduduk yang ada wang membaiki rumah yang hampir roboh.

No comments:
Post a Comment